Wednesday, December 23, 2009

Kidung Bumi


Yang kelabu Hening telaga biru
Berubah menjadi ungu senja
Tak terkikis batu hitam kelam
Di atas tegak tebing yang bersahaja
Semburat warna-warni cakerawala
Adalah lukisan terindah
Rindu air pada muara
Setelah lelah berliku


Kepada-Nya embun-embun pagi dan kabut malam hari berdoa
Memohonkan ampun bagi siapa saja dan bersimpuh lantunkan rasa
Hidup pada-Nyayang setia cahaya nan agung
Menebar picar hangati maya pada
Belai angin pada dedaunan
Ingatkan kembang untuk tetap merekahManjakan penghuni perebut karunia
patuhi titah-Nya Sang Perkasa


Rangkuli kicau jagat raya
Sampai masa tak berdegup
Tak pernah bumi ini mengadu
Walau terinjak bertapak
Namun tetap tumbuh
Gembita puja-puji semesta
Selaraskan pengakuan Pada Dia Yang Esa

Friday, May 22, 2009

Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang
bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal,
kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa.
Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?


Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 598. Golongan Syiah percaya bahawa Saidina Ali dilahirkan di dalam Kaabah, tempat paling suci bagi orang Islam. Bapa Saidina Ali, Abu Talib ialah ahli puak Quraish dan juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Saidina Ali merupakan kanak-kanak
pertama memeluk Islam.

Saidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh.

Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraish iaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Makkah yang lain. Selepas itu beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w.

Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ali_bin_Abi_Talib

Subhanallah. kecik2 ag Allah dh muliakan beliau. betulah firman Allah didalam KitabNya" Aku akan berikan pertunjuk kepada sesiapa yg aku hendaki". moga kita pun akan terpilih tok d beri pertunjuk yg benar, amien.

Yallah Ya Tuhan Kami, Janganlah Engkau Haramkan Kami Menjadi Seperti Meraka Yang Telah Engkau Berikan Tufiq Dan Hidayah Mu. Amien~~

Sunday, May 17, 2009

Bismillah...

Dari Abu Hurairah, ia berkata, "Pada suatu malam setelah solat Isyak aku keluar bersama Rasulullah saw. Tiba-tiba di hadapanku ada seorang wanita bercadar yang sedang berdiri di tengah jalan, seraya berkata, "Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan dosa besar. Apakah masih ada kesempatan bagiku untuk bertaubat?"

Lalu aku tanya wanita itu, "Apakah dosamu itu?"
Dia menjawab, "Aku telah berzina dan membunuh anakku dari hasil zina itu." Kukatakan padanya, "Kau telah binasakan dirimu dan telah binasakan orang lain. Demi Allah, tidak ada kesempatan bertaubat bagimu."

Mendengar jawapanku, wanita itu menjerit histeria dan jatuh pingsan. Setelah sedar dia pun lantas pergi. Aku berkata di dalam hati, "Aku berfatwa, padahal Rasulullah saw. ada ditengah-tengah kami?"

Pada pagi harinya aku menemui Rasulullah dan berkata, "Wahai Rasulullah! Tadi malam ada seorang wanita meminta fatwa kepadaku berkenaan dengan ini…. dan ini…." Setelah mendengar penjelasan aku, beliau bersabda, "Innaa lillahi wa inna ilahi raajiun! Demi Allah, celakalah engkau dan telah mencelakakan orang lain. Tidakkah kau ingat ayat ini :

"Dan mereka itu, tiada memuja tuhan yang lain di samping Allah (Syirik), dan tidak membunuh jiwa yang dilarang Allah (membunuhnya), melainkan untuk ke adilan (Qisas), dan mereka tiada melakukan perzinaan dan siapa yang mengerjakan semua itu , nescaya akan menemui hukuman.
Kepadanya dilipat gandakan siksaan pada hari kiamat, dan mereka tetap di sana dalam keadaan terhina
Kecuali orang yang telah bertaubat dan mengerjakan perbuatan baik, maka kejahatan orang-orang itu diganti Allah dengan kebaikan, dan Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
(QS. Al-Furqaan:68-70)

Maka aku keluar dari sisi Rasulullah saw. dan berlari menyusuri jalan-jalan di Madinah, sambil bertanya-tanya, "Siapakah yangg boleh menunjukkan aku kepada seorang wanita yang meminta fatwa kepadaku tentang begini dan begini tadi malam?" Sementara anak-anak bersorak, "Abu Hurairah sudah gila!" Hingga menjelang larut malam, baru aku menemukannya di tempat itu.

Maka kuberitahukan segera pada wanita itu seperti apa yang dikatakan Rasulullah saw. bahwa dia boleh bertaubat. Wanita itu kembali menjerit kegirangan seraya berkata, "Kebun yg kumiliki akan kusedekahkan kepada orang-orang miskin kerana dosaku."

Pengajaran

Inilah gambaran yang dapat kita lihat bertapa Maha luasnya pintu pengampunan Allah Ta'ala yang walaupun kalau di ukur kira oleh akal manusia tentang dosa perempuan itu, mustahil untuk diampunkan. Tapi yang dikatakan "Allah" Tuhan sekelian alam ini, kasih sayangNya melimpah ruah melebihi kemarahanNya.

Yakin dan Pastilah bahawa perasaan nikmat beriman lebih mengatasi nikmat keseronokan dunia. Sepertimana yang dirasakan oleh wanita tadi sehingga sanggup melepaskan harta dunia yang boleh memberi kesenangan kepada dia semasa di dunia ini kepada orang-orang yang beriman. Suatu perasaan yang susah digambarkan nikmatnya kecuali orang-orang yang melalui pengalam seperti ini. Sangat-sangat rugilah bagi kita apabila melakukan sesuatu ibadah tidak ada nikmat pada ibadah tersebut. Ini kerana mungkin hati kita masih kotor.

Kita dapat liaht juga bertapa amanahnya sifat Abu Hurairah R.A. (Sahabat Nabi) dengan apa yang disampaikan oleh Baginda sehingga sanggup mencari balik wanita tersebut semata-mata untuk membetulkan kesalahan dia dalam berfatwa, walaupun di ejek dan di cerca. Begitu gigihnya para sahabat dalam menyampaikan kebenaran Islam. Kita seharusnya tidak perlu malu untuk mengaku kesalahan diri kita jika benar-benar dan jelas kesalahan kita itu bertentangan dengan Syarak Islam walau tinggi mana sekali pun jawatan dan pangkat kita. Jangan menafikan sifat kemanusian yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Maka sebab itu kita mesti beristighfar sebanyak mungkin dalam sehari. Apa dengan istighfar sebanyak-banyaknya dalam sehari boleh menjatuhkan maruah kita sebagai seorang yang brejawatan atau seorang yang terhormat.

Sebenarnya dalam kisah ini terlalu banyak sangat pengajaran yang boleh kita ambil pakai dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah. Moga pengajaran yang sedikit ini boleh menjadi pemandu jalanan duniawi buat al-fakir dalam menghamba abdikan diri ini kepada Allah Rabbul Jalil. Amien....

 

blogger templates | Make Money Online